Wednesday, May 27, 2009

Catatan Kisah Aku

Nak dijadikan cerita, lebih kurang dua bulan selepas aku menyertai krusus tu, Otai kat ofis aku berhenti, nak kerja kat kampung pula katanya. Dah 3 bulan dia bagi surat kat bos.

Itulah penyebabnya yang bos gatal nak hantar aku pi krusus CDS ni. Jadi mangsa keadaanlah aku ni, yang pergi krusus cuma aku seorang, mahu tak mahu kena jadi cikgulah jawapnya.

Bagi memudahkan kerja, aku buat nota tentang penggunaan CDS ni, dia orang tak faham, masa aku nak start kerja adalah insan yang kacau aku, tanya tulah tanya ni, sampaikan kerja yang aku nak buat tak terbuat. Ish.. ingat kisah lama.

Aku buat semula nota tentang pengunaan cds ni 1 per 1, bagi kat dia orang baca dan try buat sendirilah, beres takde gangguan lagi.

Bulan lepas kawan aku ada tanya tentang nota yang aku buat dulu, ada lagi ke tak, dia nak bagi kat anak buah dia, katanya baru masuk kerja. Balik rumah aku geledah almari cari nota tu, tak ada hilang.

Masa Aku kemas meja semalam terjumpa disket, ada lagi rupanya. Aku call kawan aku cakap nota tu ada, tapi aku kena prinlah dulu sebab nota dalam disket. Dia cakap buat apa nak prin, baik kau terus email je.

Masa aku tengah email nota tu, terfikirlah aku sebelum nota tu hilang lagi, baik aku masukan dalam Blog, aku pun baru kenal dan belajar tentang blog blog ni. Buka bloger terus aku copy and Paste..

No comments:

Post a Comment