Wednesday, May 27, 2009

Pengenalan Software CDS 2002

Mari berkenalan dengan software ini, kenal dulu, try guna, dan bolehlah cadangkan kat bos supaya tambah dongle, takkanlah ciput sangat 1 ofis 1 dongle..

Aku rasa semua dah dapat agak, Kegunaan software untuk apa ya. Kebanyakan Jurukur guna software ni. Ada Subsidi dari Kojota Kot.. Tak tahulah...

Aku ni bukanlah tahu sangat tentang software ini, Tapi bolehlah sikit sikit, cukup makan je.

Aku nak merapu lebih jauh lagi, baiklah kita tengok fakta sikit ni, Kebiasaannya jika anda baru memulakan kerja di mana mana Syarikat Jurukur, perkara pertama yang ditanya oleh senior adalah pernah tak guna software CDS. Masa interview dulu bos tak tanya pun. geleng geleng kepalalah jawab nyee.

Maka merangkaklah anda belajar software ni, tiga kali tanya senior elok je jawabnya, masuk kali keempat sah mulalah tinggikan suara, almaklumlah kan kita ganggu kerja dia. Kalau Dia tak dapat siapkan kerja pasti ofis tak berasaplah jawabnya. Takde Payment beb..

Dua bulan kerja, bos hantar pergi Krusus. Wah! senyum rianglah kita. Sampai tempat krusus, orang dok ajar, kita dok garu kepala. tak fahamlah, Cakap laju sangatlah tak sempat tangkap (speaking) bro.. kita ni english cukup cukup makan je.

Habis Krusus, masuk ofis. Senior bagi data suruh proses, terkebil kebil kita, tak kemanalah data tu, Last last dia kena proses sendiri juga. Data yang kita proses lintang pukang, berterabur tak tahu apa benda jadinya, tapi ada peningkatan juga, sebab dah tahu cara nak proses data ha ha ha. Jadi Pak turutlah kita, orang suruh buat tu buat ni ikut je.

Pendek kata makan masa lah untuk kita memahirkan diri dengan software ni. Jadi kesimpulanya, kena tahulah sedikit sebanyak tentang software ni.


1 comment:

  1. salam tlg wt tutorial pasal trps xpon ad x link2 tuk mngajar tutorial trps..

    ReplyDelete